Assalamualaikum..! dan salam satu Malaysia..!
sejak akhir ini harga barang melambung tinggi..!sesuatu isu yang amat tidak di sukai oleh sesiapa pun.
jadi pengguna harus bijak dalam berbelanja agar dapat mengurus kewangan dengan sebaik mungkin.
jika pengguna tidak bijak dalam berbelanja, itu akan menimbulkan suatu masalah yang agak besar.
pelbagai cara untuk bijak berbelanja dan menjadi pengguna yang bijak..!
1.senaraikan barang KEPERLUAN sahaja..!
setiap individu yang membeli belah untuk keperluan rumah,harus menyenaraikan segala barang yang hendak
dibeli. Pengguna harus memastikan barang yang hendak dibeli itu adalah suatu KEPERLUAN dan bukan kehendak seperti barang dapur.Dengan adanya senarai barang yang hendak dibeli pengguna akan memfokuskan kepada barang yang hendak dibeli sahaja..
2. menganggarkan jumlah wang yang harus dibawa.
setiap pengguna seharusnya membuat senarai harga barang yang hendak dibeli agar pengguna tersebut dapat
menghadkan jumlah wang yang dibawanya bagi mengelakkan pembaziran ataupun dapat menggelak pengguna untuk membeli barang yang tidak ada dalam senarai.
3. pengguna harus bijak MEMBANDINGKAN harga.,kualiti dan kuantiti
setiap pengguna harus bijak dalam membandingkan harga,kualiti dan kuantiti. Ada sesetengah kedai yang
menjual barang runcit mereka begitu mahal berbanding dengan harga asal dan harga yang berada dikedai lain.Pengguna juga harus melihat kualiti produk yang dijualnya.Pengguna harus melihat tarikh luput barang tersebut bagi mengelakan kesalahan membeli barang berlaku. Pengguna juaga seharusnya melihat dari segi kuantiti barang tersebut yang seharusnya sepadan dengan harga barang yang diberikan
4; elakkan membeli barang yang TIDAK DIPERLUKAN
pengguna harus mengelak dari membeli barang yang tidak diperulkan dalam kata erti lain tanpa sesuatu produk itu mereka boleh hidup.Contohnya,barang kosmetik,baju berjenama,beg berjenama dan sebagainya
ini menyebabkan wang yang patut di belanjakan untuk keperluan akan terjejas disebabkan KEHENDAK pengguna yang tinggi
0 ulasan:
Catat Ulasan