Khamis, 5 April 2012

0
Komen

Berhenti membeli belah.Mulakan kehidupan baru 4 (berbelanja dengan bijak)






Assalamualaikum..!
berhenti membeli belah mulakan kehidupan baru..tajuk ini berkaitan dengan gambar rajah di atas

1.Cuba elakan daripada membeli barang yang  telah ada ataupun barang yang tidak diperlukan
contohnya,gambar rajah diatas ini.pengguna yang telah mempunyai pakaian,alat solek dan sebagainya yang masih elok cuba elakan dari   berbelanja barang yang telah ada ataupun dalam erti kata lain yang BUKAN KEPERLUAN.

2. elakkan membeli barang yang lebih mahal berbanding gaji bulanan kita. Hal ini boleh menyebabkan bajet yang di peruntukan untuk barang keperluan dapur, dan sebagainya akan di salurkan kepada barang yang tidak berfaedah, seperti gambar rajah di atas.
SUKE..! DATANG LAGI..

Jumaat, 30 Mac 2012

0
Komen

Berhenti membeli belah.Mulakan kehidupan baru 3 (berbelanja dengan bijak)




1. BELANJA KERING

belanja kering asas,(beras gula,tepung dan lain-lain)
untuk mendapat diskaun, berbelanjalah dengan kawan kawan anda ( berbelanja secara berkumpulan lebih baik berbanding berbelanja secara individu)

2. BELANJA BASAH

seperti sayur-sayurran kita boleh tanam sayur itu di halaman rumah bagi sesiapa yang tinggal kampung
dan sesiapa yang tinggal d flat anda boleh menanam sayur itu di pasu.Hal ini dapat mengurangkan kos perbelanjaan anda..wang yang  di aggihkan untuk membeli sayur anda boleh menyimpan untuk keggunaan yang lain.Selain itu, jika anda terdesak dan tidak sempat untuk ke pasar anda boleh memetik sayur di halaman anda.secara tidak langsung anda dapat menjimatkan masa dan mendapat khasiat dari sayur itu.kerana kebanyakan sayur yang di jual menggunakan baja yang tidak berpatutan,seperti baja kimia.ini dapat menjejaskan kesihatan.
SUKE..! DATANG LAGI..

Selasa, 27 Mac 2012

0
Komen

Pengguna Bijak..!: Berhenti membeli belah,Mulakan kehidupan baru 1

Pengguna Bijak..!: Berhenti membeli belah,Mulakan kehidupan baru 1: Assalamualaikum..! dan salam satu Malaysia..! sejak akhir ini  harga barang melambung tinggi..!sesuatu isu  yang amat tidak di sukai ole...
SUKE..! DATANG LAGI..

0
Komen

Berhenti membeli belah.Mulakan kehidupan baru 2


1. Pengguna kena FAHAM keburukan dan kebaikan kad kredit sebelum mendapat kan perkhidmatan kad kredit



2.Pengguna harus mengelakkan diri daripada mempunyai kad kredit yang banyak.

setiap pengguna  digalakkan menggunakan satu sahaja  kad kredit bagi menggelakkan pengguna
menggunakkan kad kredit untuk membeli belah dengan barang yang tidak berfaedah.
Selain itu,kad kredit yang berlebihan mengalakkan lagi pengguna untuk berhutang tanpa disedari, sejumlah
besar golongan muda diisytiharkan muflis adalah disebabkan menggunakan kad kredit secara tidak terkawal.

3.Rancang perbelanjaan penggunaan kad kredit
gunakkan kredit pada masa yang terdesak
menggunakan kad kredit pada masa yang memerlukan pengguna menggunakan wang dalam jumlah yang banyak untuk mengelakan daripada sesuatu yang tidak diingini berlaku . Seboleh-bolehnya tetapkan kadar minimum yang boleh.,dan bila tiba masa untuk membayar,jelaskan pembayaran itu sepenuhnya tanpa ada baki tertunggak

4.menggunakan kad kredit untuk barang yang mampu pengguna bayar

JANGAN menggunakan kad kredit untuk membeli sesuatu barang melebihi gaji bulanan anda.

5.Biasakan berbelanja dengan bayaran tunai.menggunakan kad kredit jikalau diperlukan sahaja

JANGAN  menggunakan kad kredit jikalau anda mempunyai wang yang cukup untuk membeli  sesuatu barang yang hendak dibeli

SUKE..! DATANG LAGI..

Isnin, 26 Mac 2012

0
Komen

Berhenti membeli belah,Mulakan kehidupan baru 1





Assalamualaikum..! dan salam satu Malaysia..!
sejak akhir ini  harga barang melambung tinggi..!sesuatu isu  yang amat tidak di sukai oleh sesiapa pun.
jadi pengguna harus bijak dalam  berbelanja agar dapat mengurus kewangan dengan sebaik mungkin.
jika pengguna tidak bijak dalam berbelanja, itu akan menimbulkan suatu masalah yang agak besar.
pelbagai cara untuk bijak berbelanja dan menjadi pengguna yang bijak..!

1.senaraikan barang KEPERLUAN sahaja..!

setiap individu yang membeli belah untuk keperluan rumah,harus menyenaraikan segala barang yang hendak
dibeli. Pengguna harus memastikan barang yang hendak dibeli itu adalah suatu KEPERLUAN dan bukan kehendak seperti barang dapur.Dengan adanya senarai barang yang hendak dibeli pengguna akan memfokuskan kepada barang yang hendak dibeli sahaja..

2. menganggarkan jumlah wang yang harus dibawa.

setiap pengguna seharusnya membuat senarai harga barang yang hendak dibeli agar pengguna tersebut dapat
menghadkan jumlah wang yang dibawanya bagi mengelakkan pembaziran ataupun dapat menggelak pengguna untuk membeli barang yang tidak ada dalam senarai.

3. pengguna harus bijak MEMBANDINGKAN harga.,kualiti dan kuantiti

setiap pengguna harus bijak dalam membandingkan harga,kualiti dan kuantiti. Ada sesetengah kedai yang
menjual barang runcit mereka begitu mahal berbanding dengan harga asal dan harga yang berada dikedai lain.Pengguna juga harus melihat kualiti produk yang dijualnya.Pengguna harus melihat tarikh luput barang tersebut bagi mengelakan kesalahan membeli barang berlaku. Pengguna juaga seharusnya melihat dari segi kuantiti barang tersebut yang seharusnya sepadan dengan harga barang yang diberikan

4; elakkan membeli barang yang TIDAK  DIPERLUKAN

pengguna harus mengelak dari membeli barang yang tidak diperulkan dalam kata erti lain tanpa sesuatu produk itu mereka boleh hidup.Contohnya,barang kosmetik,baju berjenama,beg berjenama dan sebagainya
ini menyebabkan wang yang patut di belanjakan untuk keperluan akan terjejas disebabkan KEHENDAK pengguna yang tinggi

SUKE..! DATANG LAGI..